JIM



Struktur JIM

Jawatankuasa Pusat JIM (JKP JIM)

JKP JIM adalah kepimpinan tertinggi JIM yang dipilih oleh para perwakilan JIM Negeri dan Daerah setiap dua tahun sekali di Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN). JKP JIM bertanggung jawab memimpin dan memandu JIM secara keseluruhan untuk melaksanakan misi dan mencapai visi JIM. Struktur organisasi JKP JIM adalah terdiri daripada:

  • Presiden
  • Timbalan Presiden
  • Naib-naib Presiden (dua orang)
  • Setiausaha Agung
  • Bendahari
  • Penolong Setiausaha Agung
  • Ahli-ahli Jawatankuasa (sepuluh orang, boleh dilantik lapan orang tambahan)

Jawatankuasa JIM Negeri (JK JIM Negeri)

JK JIM Negeri adalah kepimpinan tertinggi JIM di peringkat negeri yang dipilih oleh para perwakilan JIM Daerah-daerah di bawah negeri tersebut setiap dua tahun sekali di Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN). JK JIM Negeri adalah bertanggungjawab untuk memimpin JIM Negeri berserta JIM daerah-daerah yang berada di bawahnya. Berdasarkan kepada visi dan misi JIM Pusat, serta fokus-fokus dakwah yang telah dikenalpasti oleh JIM Pusat, JK JIM Negeri akan menggariskan objektif dan tindakan di peringkat negeri yang membantu untuk melaksanakan misi dan seterusnya mencapai visi yang telah ditetapkan.

Struktur organisasi JK JIM Negeri adalah terdiri daripada:

  • Yang diPertua (YDP)
  • Timbalan Yang DiPertua (TYDP)
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Penolong Setiausaha
  • Ahli-ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa JIM Daerah (JK JIM Daerah)

JK JIM Daerah adalah kepimpinan tertinggi JIM di peringkat daerah yang dipilih oleh para perwakilan JIM di daerah tersebut setiap dua tahun sekali di Mesyuarat Agung Daerah (MAD). JK JIM Daerah adalah bertanggungjawab untuk memimpin ahli-ahli JIM Daerah. Berdasarkan kepada visi dan misi JIM Negeri, serta fokus-fokus dakwah yang telah dikenalpasti oleh JIM Negeri, JK JIM Daerah akan menggariskan objektif dan tindakan di peringkat daerah yang membantu untuk melaksanakan misi dan seterusnya mencapai visi secara keseluruhan.

Struktur organisasi JK JIM Daerah adalah terdiri daripada:

  • Yang diPertua (YDP)
  • Timbalan Yang DiPertua (TYDP)
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Penolong Setiausaha
  • Ahli-ahli Jawatankuasa
 
Banner