| Artikel Index |
|---|
| Profail JIM |
| Penubuhan |
| Pelopor |
| Pengoperasian Dakwah |
| Masa Hadapan |
| Penutup |
| Semua Muka |
JIM: Pengenalan
إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب
"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Dan hanya Allah-lah sebaik-baik petunjuk jalan bagiku, hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali" (Hud: 88)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.
JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.
Ruang untuk JIM bergerak bagi menjayakan program-program pengislahan dan pembangunan ummah adalah terlalu luas dengan ia terus mengambil susuk sebagai sebuah organisasi da'wah dan sosial. JIM akan terus beriltizam menjadi salah sebuah entiti strategik dalam ummah ini bagi melahirkan golongan saleh wa musleh.
Logo JIM
Lambang JIM berbentuk bulat dengan jalur merah di atas, biru di bawah dan kuning di tengah-tengah dan mengandungi huruf "j", "i", dan "m" bagi "Jamaah Islah Malaysia". Titik "i" melambangkan nilai-nilai Islam yang universal. Tiga warna melambangkan berbilang bangsa. Warna merah, biru dan kuning melambangkan sifat ke-Malaysiaan.











