JIM

Pemimpin remaja berhimpun di Melaka


xplorace

MELAKA,17 Disember - Melaka menjadi tuan rumah program "Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak" (X-PeRT) yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 20 Disember nanti.

Pengarah X-PeRT 2009, Zairi Suboh berkata, program yang bertemakan ’Menyelusuri Sejarah Kedatangan Islam Di Melaka’ ini berobjektifkan untuk melatih asas kemahiran hidup secara individu dan berkumpulan melalui halangan yang dirancang, di samping membina ciri kepimpinan dalam kalangan remaja serta membina kemampuan minda berfikir untuk menyelesaikan dan menterjemahkan sesuatu isu yang dihadapi secara individu mahupun berorganisasi serta kemampuan mendekati masyarakat yang pelbagai.

"Program ini adalah kali ketiga diadakan sejak tahun 2007. Ia dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Belia JIM Pusat dan Kelab Remaja JIM Melaka dengan kerjasama JKKK Kampung Berangan 6 Umbai yang menjadi perkampungan angkat bagi 80 orang peserta program ini dari seluruh negara," jelas Zairi.

Menurut beliau, program ini telah dibahagikan kepada beberapa segmen yang memberikan fokus kepada kreativiti dan ketahanan diri peserta untuk menjadi remaja soleh dan berupaya mengajak remaja lain mengamalkan ajaran Islam sebenar, yang mana selaras dengan ciri ciri X-PeRT itu sendiri iaitu Sentiasa Bergerak, Survival, Berkenderaan Awam, Bersama Masyarakat, Persediaan sebelum program dan Tarbiah.

"Simbolik penyerahan peserta kepada keluarga angkat dan penyerahan bungkusan makanan ala 'Musang Berjanggut' berlangsung di Masjid Kampung Berangan 6 dengan disaksikan oleh YB Hassan bin Abd Rahman,Timbalan Exco Belia dan Sukan Negeri Melaka dan pemimpin-pemimpin masyarakat Kampung Berangan 6, Umbai."

"Kemuncak perjalanan peserta menelusuri Sejarah Kedatangan Islam di Melaka adalah acara Explorace yang memerlukan setiap peserta mencari maklumat tentang Sejarah kedatangan Islam di Melaka dengan mengunjungi 8 buah Muzium di sekitar Banda Hilir. Peserta juga akan menikmati pemandangan malam di Melaka dengan menaiki River Cruise menyusuri Sungai Melaka," tambah Zairi lagi.

Majlis penutup program berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu dengan setiap kumpulan peserta akan membentangkan input dalam bentuk persembahan video apa yang diperoleh sepanjang program.

Sumber: http://www.malaysiaharmoni.com/

 
Banner
Banner
Banner
Banner

Administration Menu